| Beginilah keadaan
bersepahnya Flat Ikan atau Old Flat di sebelah Fakulti
Medic.
Setiap hari, mahasiswa sakit
mata melihat keadaan flat yang sudah uzur, tambahan pula
dicemari dengan poster-poster dari SMP (Solidatiri Mahasiswa
Putra) atau nama asal mereka GMM.
Amat biadaplah GMM jika
menampal poster mereka di atas kain rentang pihak berkuasa
universiti. Sila lihat Gambar 2.
Gambar 3 dan 4 menunjukkan,
GMM @ SMP dengan sesuka hati menampal poster mereka di
sebuah dinding kedai makan seorang peniaga. Amat biadap
tindakan GMM ini.
Bayangkan, GMM pernah
meminta tolong dari para peniaga di sini untuk tandatangan
petition pada satu ketika dulu, kini GMM nampaknya enggan
berteima kasih kepada mereka. Bahkan, telah mengotorkan
kawasan premis perniagaan mereka pula. Apa ni?
Memang benarlah dakwaan JAMIS
UPM, GMM pandai buat sepah, tapi tak pandai kemas semula.
Ini terbukti apabila GMM
pandai mencemarkan keharmonian kampus UPM dengan pelbagai
kekecohan, tetapi telah gagal untuk pulihkan keharmonian
warga kampus UPM. Malah, mahasiswa UPM berasa takut untuk
berada di kawasan kubu GMM kerana mungkin dipaksa untuk
menyertai operasi mereka.
Sayang sekali, ahli GMM yang
merupakan mahasiswa UPM, tidak dapat di'branding'kan sebagai
mahasiswa tulen. Mereka hanya ikut telunjuk ketua mereka
sahaja. Jika ketua suruh lukis poster haiwan, ahlinya juga
ikut turut tanpa membantah.
GMM dan SMP adalah produk
gagal.
GMM dan SMP adalah SAMPAH. |